fbpx

ST12 Secara Tidak Rasmi Bubar Selepas Dua Ahli Kumpulan Tarik Diri

Mengaku sahaja wahai jejaka jejaka penepuk sebelah tangan, anda mesti pernah tujukan lagu ST12 berjudul Puspa kepada gadis idaman sedikit masa lalu. Yeah!

Perkhabaran terbaru dari ST12 agak tidak menarik buat peminat mereka & juga lagu lagu mereka. Sejak minggu lalu, khabar angin mengatakan ST12 akan berpecah sudah mula kedengaran.

Semalam, KapanLagi melaporkan yang dua daripada tiga anggota kumpulan ST12 mengumumkan mereka menarik diri dari terus meneruskan perjuangan muzik dalam kumpulan tersebut.

Pepeng & Pepep mengumumkan pengunduran mereka bukan bersifat peribadi namun lebih kepada perbezaan misi yang mereka ingin bawa bersama ST12 yang turut di’anggotai oleh Charly.

Awal angin bertiup, punca perpisahan mereka berdua dari kumpulan ST12 adalah kerana Charly yang terlalu sibuk dengan tugas bersama pemuzik lain namun Pepeng & Pepep tegas menafikan perkara itu.

“Bukan. Ini semua kerana kita sudah tidak mempunyai misi yang sama. Ini semua adalah professional. Hanya kerana kerja”