fbpx

Sosilawati Lawiya, Bekas Isteri Nash Ditangkap Berkhalwat?

Update (2 Jan) – Saya sudah kahwin!

Belum pun selesai kes tuntutan RM1.38 juta beliau dengan Nash, satu lagi isu menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Beliau yang di’tangkap berkhalwat dengan teman lelaki di Astana Damansara Kondominium tengah malam semalam mengaku bersalah berada dalam situasi yang mendatangkan syak.

Namun jelas Sosilawati, beliau hanya singgah sebentar di kediaman teman lelaki’nya itu untuk membincangkan soal perkahwinan yang di’jangka berlangsung minggu hadapan.

“Suspek lelaki yang berusia sebaya usahawan kosmetik itu adalah seorang duda beranak tiga dan difahamkan berketurunan Indonesia. Usahawan popular itu mengaku berada berdua-duaan dalam unit tersebut.”

Serbuan pada malam tersebut itu dilakukan oleh pihak Masjid Kolej UIA yang diketuai oleh seorang ustaz pada jam 12.30 tengah malam.

Seingat kami, Nash pernah bercakap kepada media yang Sosilawati Lawiya bukan isteri yang baik untuk beliau, namun sedia menerima wanita itu kembali jika menurut kata suami.

Hari ini, jika Tuhan mahu tunjukkan kebenaran, sekelip mata sahaja akan terjadi & bila-bila masa sahaja. (Sumber Berita: mStar Online)