fbpx

Sorry Dude, Ahli Keluarga Sahkan Hati Ana Raffali Kini Milik Seseorang

Masih ingat Ana Raffali? Ya, pemenang Anugerah Juara Lagu 25 yang lalu. Bagus.

Jika anda memasang angan angan untuk berdampingan dengan gadis yang baru memenangi RM35,000 bersih ini, berhenti berharap.

Abang kepada Ana Raffali, Harris mengesahkan yang adik beliau kini sedang bercinta dengan seseorang.

“Saya tahu dia sedang berkawan dengan seseorang. Sebagai abang saya tidak kisah asalkan dia pandai jaga diri dan tidak leka,” katanya kepada mStar Online.

Apabila persoalan kekasih hati ini di’ajukan kepada Ana Raffali, skema jawapan sebenarnya masih sama dengan selebriti lain apabila mula di’gossipkan bercinta.

“Sehingga kini kami masih berkawan dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia faham kerjaya saya,” ujar Ana Raffali.

Mungkin Mr.Obefiend tahu akan perihal ini dan mahu menyumbang maklumat sebarang dua kepada kami? Ucapan terima kasih dalam advance.