Sorok Status: Nikita Willy & Diego Michiels Akhirnya Berani Tampil BerduaKurang dua bulan lalu, Nikita Willy ada khabarkan kepada media Indonesia untuk berhenti merujuk Diego Michiels sebagai kekasih beliau kerana hubungan mereka hanya sebagai rakan.

Sekitar masa yang sama, timbul sekeping gambar palsu yang mengatakan mereka berdua ini tidur bersama namun perkara itu lantas di’nafikan oleh kedua dua belah pihak.


Setelah lama menepis pelbagai andaian peminat tentang status hubungan mereka, Nikita Willy & Diego Michiels baru baru ini di’lihat tampil bersama ke Studio RCTI di Jakarta Barat.

Masih tiada pengesahan rasmi tentang status hubungan cinta mereka tetapi media Indonesia menggambarkan kehadiran mereka berdua kelihatan begitu mesra bak sepasang kekasih.

Sempat memberikan posé menarik kepada jurugambar, Diego Michiels selesa memeluk aktress remaja yang sedang popular dengan sinetron Putri Yang Ditukar ini.

 

Kredit Foto: Pool @ detikHot