fbpx

Sophia Albarakbah Datang Tengok GV10, Aliff Aziz Tiada Hak Halang

Penyanyi Aliff Aziz berkata dia tidak hak menghalang kehadiran pelakon Sophia Albarakbah ke konsert All Stars Gegar Vaganza (GV10) malam tadi.

Memetik Kosmo, Aliff berkata perkara itu adalah diluar bidang kuasanya dan semua orang bebas untuk hadir apatah lagi ianya  konsert terbuka.

BACA: Ramai Cuba Dekati Tapi Sophia Albarakbah Belum Sedia

“Saya nampak dia (Sophia) dan mungkin datang untuk menemani sepupunya, penyanyi Aisha Retno yang membuat persembahan untuk GV Live+.

“Ini konsert terbuka yang boleh dihadiri oleh semua orang. Takkanlah saya nak cakap dia tak boleh datang, orang itu dilarang hadir.

“Mungkin dia hadir untuk berseronok menyaksikan konsert minggu ini. Saya perasan dia datang pun masa saya naik pentas dan nak mula nak menyanyi,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara itu kerana hanya akan mencetuskan salah faham dan spekulasi daripada orang ramai.

“Untuk saya beri komen banyak mengenai apakah perasaan melihat kehadirannya adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan pun,” katanya.

Menurut Aliff lagi, sebagai peserta dia hanya mahu memberikan persembahan terbaik di pentas. Ujarnya lagi, mereka berada dalam satu industri dan pasti akan berjumpa dengan orang yang sama.

“Persoalan siapa yang hadir, untuk apa mereka datang, itu bukan sebahagian daripada tugas seorang peserta. Saya tiada apa-apa komen kot untuk perkara ini. Saya berada dalam bidang dan industri yang sama dengan dia, pusing-pusing kita akan berjumpa dengan orang yang serupa juga,” katanya.