fbpx

Sony Pictures Berjaya Beli Hak Terbitkan Filem Biografi Steve Jobs

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Seperti semua yang kita tahu, Steve Jobs yang merupakan pengasas Apple dan minda di’sebalik produk terbaik dunia seperti Macbook, iMac, iPhone, iPod & iPad telah meninggalkan kita semua.

Kehilangan Steve Jobs memang terasa lebih lebih lagi laman web yang anda lihat saban hari ini di’jana oleh komputer keluaran Apple dan kami di’sini peminat besar beliau.

Sehingga ke hari ini, dunia masih memperkatakan tentang kehilangan Steve Jobs dan tidak sampai seminggu, Sony Pictures di’katakan telah merancang untuk menerbitkan sebuah filem biografi khas untuk Steve Jobs.

Filem biografi yang belum bertajuk ini akan mengambil jalan cerita dari buku biografi rasmi Steve Jobs yang masih belum keluar tulisan Walter Isaacson.

Sejak kematian Steve Jobs, tempahan awal buku ini di Amazon meningkat lebih 40,000%. Buku yang di’jangka akan keluar sekitar 2012 ini telah di’anjakkan tarikhnya ke hujung tahun ini.

Sony Pictures sejak kebelakangan ini bagai sudah menemui formula untuk menjadikan sebuah filem berdasarkan buku untuk laris — The Social Network & Moneyball sebagai contoh.

Persoalan seterusnya, siapakah yang layak untuk membawa watak Steve Jobs dalam filem biografi beliau ini nanti?