fbpx

‘Songlap’ Terima Jemputan Festival Filem Hamburg Dan Abu Dhabi

Menjadi salah satu filem tempatan kegemaran kami (ya, kami bias sebegitu), filem Songlap terus menerima pengiktirafan dari para peminat filem luar negara.

Terbaru, Songlap telah menerima jemputan untuk  di’tayangkan di dua buah festival filem antarabangsa masing masing di Hamburg, Jerman dan Abu Dhabi.

Di Filmfest Hamburg, Songlap di’tayangkan menerusi bahagian khas Asia Express dalam festival ini bersama tujuh buah filem lain yang mewakili seluruh benua Asia.

Jemputan khas ke Abu Dhabi Film Festival (ADFF) menandakan kemunculan perdana filem Songlap di Timur Tengah dan juga kehadiran mereka bukan sekadar untuk tayangan khas.

Pengarah bersama Songlap, Effendee Mazlan akan bentangkan filem ini di bahagian pertandingan New Horizons yang bakal bersaing dengan dengan 17 buah filem lain.

Filem terbaik untuk pertandingan New Horizons ini juga bakal membawa pulang wang tunai US$100,000 & bakal di’adili oleh pengkritik filem ternama seluruh dunia.

“Kami amat berbesar hati menerima kedua-dua jemputan ini, malah sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi filem ini dengan penonton baru dan membuka mata mereka kepada kebolehan pembikin filem Malaysia,” ujar Tengku Iesta Tengku Alaudin, Pengurus Besar Grand Brilliance.