fbpx

Bagaimana situasi anda hari ini selepas melihat kisah sensasi vidoe lucah artis kurang ternama tetapi bergelar heroin filem itu? Persetankan & move on.

Ini berita positif yang perlu anda tahu, filem Songlap yang banyak menerima komen positif dari peminat & pengkritik filem bakal di’tayangkan di 2 festival filem bertaraf antarabangsa tidak lama lagi.

Filem yang di’bintang oleh Shaheizy Sam & Shafie Naswip ini bakal menerima slot tayangan sendiri di Udine Far East Film Festival (Udine FEFF), Itali dan Los Angeles Asian Pacific Film Festival (LA APFF), Amerika Syarikat. 

Lebih manis sebenarnya kalau kehadiran filem Songlap ke festival filem taraf antarabangsa sebegini di’serikan dengan pengiktirafan dari penggiat seni filem di’sana — boleh kita bangga dengan karya anak Malaysia.

Apa pun tahniah buat Grand Brilliance dan Red Films juga gandingan suami-isteri, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak kerana menghasilkan sebuah filem yang mampu ke tahap sebegini. Heh.