Sofi Jikan Terkejut Ujian Air Kencing Positif Dadah
Dalam prosiding bela diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, pelakon Sofi Jikan mengakui terkejut apabila ujian air kencingnya didapati positif dadah tahun lalu.
Menurut Sofi, ketika itu dia berada di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya selepas dia diminta melakukan ujian air kencing bagi membantu siasatan kes penahanan pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil.
BACA: Sofi Jikan Tiada Tawaran Berlakon, Ramai Kawan Lari
Menjawab soalan peguam Datuk Haniff Hassan dihadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir, Sofi memberitahu satu botol urin diserahkan kepadanya dan diiringi seorang polis ke tandas bagi melakukan ujian berkenaan.
“Selepas selesai, saya menyerahkan semula botol itu kira-kira pukul 10 lebih malam dan menunggu keputusan ujian air kencing. Saya terkejut, tak pasti ada mengambil bahan terlarang atau tidak,” katanya.
Menurutnya lagi, dia kerap menerima hadiah seperti rokok dan sebagainya di setiap majlis yang dihadirinya. Jelasnya lagi, dua atau tiga hari sebelum ditahan polis, dia ada menghadiri majlis makan malam bersama peminat.
“Sebagai seorang perokok, saya selalu menerima hadiah seperti rokok dan sebagainya di setiap majlis dihadiri,” katanya.
Dalam itu, Sofi tidak dapat memberi kepastian apabila ditanya mengenai dirinya ada mengambil dadah jenis kanabis (ganja) pada hari jamuan tersebut.
Pada 13 Februari 2018, Sofi didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 6 Februari 2018. Mahkamah menetapkan 31 Julai sebagai keputusan akhir pembelaan.
- SUMBER
- mStar Online
Kalau dah nama pun pelakon, mmg pandai berlakon.
kan.. umpama kau terkejutt tngok tahi dalam mangkuk jambam selepas kau siap berakk. .
Sekerippp sgt kan? Ckp aja lah taik dadah! Muka pun sebijik Abam Bocey… hihihi
Zaman teknologi bro.. x pyh nk sembang kedai kopi.
X pyh nk terkejut sgt la sofi jikan..tgk muka pun dh tau..
… melalui air kencing boleh tahu ko ambik apa. Jgn nk buat misteri sgt la!
Aku lagi terkejut kalau air kencing kau negatif.. kalau positif kami tak la terkejut sgt!
Najib pun terkejut jugak, bila duit masuk akaun sendiri … Lol
“saya terkejut duit 1MDB masuk acc peribadi saya”. Lol
Aku hampir2 beli tiket bas ke kampung utk memberitahu khabar berita yg sgt menarik ini kpd org kampung aku… Nasib baik adik aku sempat call dan bgtau aku supaya jgn balik sbb dia dah ceritakan smuanya berita sensasi ni…
What does this have to do with karipap?
Lalok camne ko nk sedar!
Yg lagi sorang tu ckp tak ingat lafazkan cerai pada isteri, yg sorang ni pulak ckp terkejut positif dadah, dua2 tu confirm dah ambik benda haram tu tapi tak nak mengaku.
Tp logik laa ko nk ke balai nk jd saksi xkan ko bodoh sngt x clean bdn dulu. Lain laa polis serbu kt rumah urine ko jd mmg x smpt nk clear apa2. Sesapa yg dh bergelumang dgn benda tau nk handle keadaan. Paling bangsat pun ko tau sapa ko nk jolok dan buang kes!
Sofi sebenarnya hanya menggambil (kopi) Nama Samaran sebiji rm70 sahaja . Kebiasaan bila urineTest tak akan sangkut mungkin disebabkan terlalu banyak kena batang betik sebab tu Tersangkut . Aku ada banyak rahsia dalam negara yang ingin di kongsikan kepada umum seperti Hujung bulan ni akan ada 3 kedai Mesin Kuda Akan Buka Di Dalam Daerah Johor Dan banyakkkkk lagi kalau boleh semua aku nak kongsikan Tapi tak boleh .