Sofi Jikan Dijatuhkan Hukuman Penjara 12 Bulan
Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas pelakon Sofi Jikan atas pertuduhan menggunakan ganja, tahun lalu.
Astro Awani melaporkan, pelakon berusia 49 tahun itu dijatuhkan hukuman selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
BACA: Sofi Jikan Terkejut Ujian Air Kencing Positif Dadah
Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir memerintahkan Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan menjalani hukuman berkenaan bermula hari ini.
Pada 6 Februari tahun lalu, Sofi telah didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, jam 11.15 malam.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.
Dalam pada itu, mahkamah membenarkan Sofi menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara peguam yang mewakilinya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan.
- SUMBER
- Astro Awani
Msia dah nk jd mcm Colombia doh! Kalo polis kata Msia nk jd cm Mexico, Jamaica ke aku xtau nk ckp pe. Sbb ngara2 ni yg menguasai krjn bkn org politik atau parti politik tp raja2 dadah dan kmpln2 mafia yg ada bala tentera mrk sndiri, ada pmbunuh upahan, ada kapal selam, ada pakar2 terowong bwh tanah, ada network bisnes yg sngt luas dimerata dunia! Bayangkan Msia jd sebahagian dari empayar dadah mrk???!
Selagi polis yg seangkatan dengannya masih lagi banteras dadah, jgn sesekali cakap Malaysia adalah Columbia.
Diorang jadi mcm tu sbb polis dh x de kuasa.
Yg sbnrnya kartel2 dadah ni dikawal oleh Rothschild. Sbb tu ia xkan habis dan hanya Jesus je bole demolish semua kuasa jahat, deep government dlm dunia ni!
Kadang2 aku tertanya.. dadah2 yv dirampas tu ke mana pergi? Tangkapan byk tapi..lepas tu senyap!
Rasuah, semua org bole rasuah, x ckp rasuah mrk diugut., diancam kemudian dijanjikan dgn kemewahan, pangkat, pengaruh, perlindungan tp bila mrk x diperlukan lg mrk dibunuh penuh, ada yg dijatuhkan tanpa mrk smpt buat apa2 pun!
Dadah, pendatang tanpa izin.. masih x berubah. Yg PH tahu nk denda perokok2 dan tangkap Najib. Aku dah bosan!