fbpx

Sofi Jikan Akui Hubungan Dengan Farid Kamil Sukar Dipulihkan

Tidak tahu di mana silapnya persahabatan di antara Farid Kamil dan juga Sofi Jikan, bagaimanapun Sofi mengakui hubungan rapat dengan pengarah dan pelakon itu sudah pun berakhir dan sukar untuk dipulihkan.

Namun menurut Sofi dia tidak terasa hati dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kerjaya Farid Kamil. Ujarnya lagi, tidak ada masalah di antara dirinya dan Farid tetapi mereka tidak lagi baik seperti dahulu.

BACA: Sofi Jikan Dijatuhkan Hukuman Penjara 12 Bulan

“Saya tidak ambil hati. Saya doakan dia berjaya tetapi agak sukar untuk dapatkan hubungan baik atau persahabatan seperti sebelum ini. Tetapi kami tidak ada sebarang masalah cuba tidak baik macam dulu sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sofi berkata dia tidak ada masalah seandainya bergandingan dengan Farid dalam satu naskah kelak tetapi perlu jadikannya sebagai kawan terlebih dahulu.

“Kalau nak berlakon dengan dia, jadikan saya sebagai kawan dia kerana dalam dunia sebenar saya musuh dia,” katannya.

Terdahalu, pada Februari 2018, Sofi ditakan ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan polis yang dibuat oleh Farid Kamil pada 31 Januari 2018.

Dalam laporan itu, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artis yang terlibat meletakkan dadah di dalam minumannya.