Miera Leyana Bahagia Kahwini Lelaki Berusia
Selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Rosland Othman di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada Ahad lalu, Miera Leyana menyifatkan suaminya itu sebagai lelaki yang sempurna untuknya meskipun jauh perbezaan usia.
Menerima ketentuan jodoh dengan lelaki berusia, Miera akui dia lebih sukakan lelaki yang matang kerana sesuai dengan karakternya. Ujarnya lagi, usia hanyalah nombor semata-mata dan usianya dengan suami tidak jauh beza.
BACA: Miera Liyana Pilih Lelaki 40-an Jadi Suami
“Saya sukakan lelaki lebih matang sebab saya pun mula berlakon pada usia 15 tahun. Jadi saya dah terbiasa bergaul dengan orang yang lebih berusia.
“Kalau bercinta dengan lelaki yang lebih kurang sebaya dengan saya, rasa tak sesuai dengan karakter saya.
“Suami saya bukannya perlu duduk atas kerusi roda, dia sempurna untuk saya. Bagi saya tak jauh sangat pun beza umur kami. Jodoh itu rahsia Tuhan. Age is just a number,” katanya kepada mStar Online.
Miera berkata dia tidak niat untuk menyembunyikan hubungan cinta dan majlis pernikahan daripada pengetahuan umum tetapi menghormati permintaan suami dan ahli keluarga.
Ujarnya lagi, dia belajar daripada kesilapan lalu apabila sering berkongsikan hal cinta secara terbuka yang akhirnya putus ditengah jalan. Kata Miera dia mahu pastikan mempunyai hubungan yang sah sebelum kongsikan kepada umum.
“Roslan seorang yang sangat mementingkan privasi. Jadi saya perlu hormat permintaan dia dan ahli keluarga. Dia cuma tak nak ada apa-apa isu yang tak sedap didengar.
Suaminya turut berkongsikan momen pertama bertemu Miera pada tahun 2016 sebelum melamarnya pada Mei lalu. Rosland berkata perbezaan umur membuatkan mereka berkawan rapat dan sering berkongsi cerita.
“Kami bertemu empat tahun lepas di satu majlis perlancaran. Saya bersama kawan-kawan, Miera bersama rakannya. Apabila sering berjumpa dan dia bercerita tentang kerjaya, watak yang dibawa dalam drama, ia buat saya ketawa.
“Dia juga seorang pendengar yang baik dan selalu sokong dalam apa jua saya lakukan. Apabila dah lama berkawan, baru saya beranikan diri untuk melamarnya,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
baru lagi memang la “jodoh rahsia Tuhan”
Esok esok “Jodoh kami tak panjang” sambil pakai jubah hitam and spek mata hitam besor ..
Choiiii
Okay laa ko pun bkn 19 tahun
Hensem jugak lah pakcik ni dlm gmbr kawin tu. Ala2 Mcm richard gere gitchuuu. Okay la 27 dgn 40. Beza 13 tahun laki tua lmbt.
Lg 10 tahun hang 37. Somi 50.
Lg 15 tahun hang 42. Somi 55.
Lg 20 tahun hang 47. Somi 60.
Just nice la. Semoga berkekalan.
Baru nak ckp segak gak no laki dia ni..nmpk jenis jaga penampilan..jauh beza banding ngan laki org baru 35-36 dh nmpk mcm 45..rambut dh menipis, perut dh ke dpn memboroi, kepam tu xyah ckp la..laki melayu mmg x jaga penampilan lps anak 2-3 org..tp nak bini mantap mcm anak diri..bab mengangkang je diorg pikir tp performance 5mins je..bini pun layan la kepam laki
oklah laki dua puas tengok kopek org lain.
kopek dia pun sdh puas lelaki lain tengok.
sama2 matang lah itu