fbpx

SM Nasarudin & Marion Caunter Bikin Resepsi Kahwin Di Kepulauan Maldives

Sangat eksklusif. Terlalu eksklusif. Itu sahaja gambaran yang boleh kami berikan tentang majlis perkahwinan SM Nasarudin & Marion Caunter 17 Disember ini.

Sebagai permulaan, pasangan sensasi ini bakal mengadakan resepsi tertutup di Grand Ballroom, Mandarin Orientak, KL yang bakal di’hadiri oleh jemputan tertentu sahaja.

Wartawan juga di’tapis untuk majlis ini di’mana jurugambar tidak di’benarkan masuk ke dewan & hanya E! News di’benarkan untuk membuat liputan majlis perkahwinan ini.

Bagi acara akad nikah, Marion Caunter di’khabarkan akan memakai persalinan santun rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim, manakala Vera Wang menjadi pilihan Marion Caunter ketika acara resepsi berlangsung nanti.

Tidak berhenti di’situ, sekumpulan tetamu khas akan di’terbangkan ke kepulauan Maldives untuk resepsi kedua yang menjadi impian SM Nasarudin & Marion Caunter.

Dan, berapa ramai antara anda yang tahu SM Nasarudin juga mempunyai butik fesyen sendiri dengan jenama ADD MINUS yang berpengkalan di Los Angeles, US.

Gambar selebriti Hollywood seperti Ann Kendrick, Jessica Szohr dan Matthew Marrison (Glee) ketika menghadiri perasmian ADD MINUS pertengahan November lalu selepas ini. Enjoice!