fbpx

Skandal Aliff Aziz Bengang Dituduh Kerja GRO

Akibat terpalit dengan kontroversi skandal melibatkan Aliff Aziz, wanita yang bergelar janda, Meri Fina berang apabila beliau dituduh bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) oleh beberapa blog di media sosial.

BACA: “Bercium Perkara Normal, Kami Suka Sama Suka”

“Selepas gambar mesra saya dan Aliff tersebar minggu lalu, wujud pula individu yang cuba menyimbah minyak ke api dengan memberikan kenyataan palsu kepada beberapa blog yang tak beretika”

“Mereka mendakwa saya bekerja sebagai GRO dan akan mengikis wang lelaki hidung belang. Ia tuduhan yang sangat melampau, buktikan jika ia benar!. Ada pula yang menfitnah saya hanya sekadar tinggal menumpang di hotel”

Menurut Meri, tuduhan liar yang telah tersebar di media sosial itu telah mencalarkan maruah keluarganya yang ini kini menetap di Pulau Pinang yang terpaksa menangung cacian netizen kepada mereka.

“Sedangkan wartawan sendiri pernah datang ke kediaman saya di Wangsa Maju. Perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kerjaya saya sebagai model, malah keluarga di Pulau Pinang juga terkena tempias cacian netizen,” katanya.

Selain itu, Meri turut menjelaskan dakwaan netizen mengenai warganegara beliau yang berasal dari Indonesia. Jelas Meri, beliau sudah mendapat status permastautin tetap (PR) dan memiliki kad pengenalan merah. (rtky/w)