Walaupun kemelut rumahtangga antara Aliff Aziz dan bekas isterinya, Bella Astillah sudah menemui titik akhir namun masih ada individu yang berani keluarkan kenyataan yang tidak menjaga sensitiviti pihak lain.

Salah seorang wanita yang dikaitkan dengan Aliff Aziz sejak beberapa hari ini, Meri Meifina berkata perbuatan mereka bercium di sebuah kelab hiburan adalah perkara normal yang terjadi jika sudah suka sama suka.


BACA: Aliff Aziz & Bella Astillah Sah Bercerai Talak Satu

Meri Meifina juga mendakwa yang Aliff Aziz datang kepada beliau untuk mengadu masalah rumahtangga dan semua itu berlaku sehingga penghujung tahun 2018 yang lalu sebelum gambar intim mereka mula tersebar minggu lalu.



Wanita berasal dari Indonesia itu juga menafikan wujudnya sekeping lagi gambar yang menunjukkan beliau bersama Aliff Aziz berada dalam sebuah bilik hotel. (rtky/m)