fbpx

Siti Sarah Tawakal Jika Rumah Tangga Diganggu Perampas

Sejak kebelakangan ini banyak kes melibatkan wanita perosak rumah tangga. Suaminya, Shuib Sepahtu kini bergelar usahawan berjaya, Siti Sarah berkata hanya mampu tawakal dan doa yang terbaik untuk pastikan keluarganya kekal bahagia.

Menurut Sarah, dia tidak boleh mengawal suami ataupun melarang Shuib daripada menggunakan telefon. Apa yang dilakukan adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah dan sentiasa mendoakan yang terbaik dalam perkahwinannya.

BACA: Shuib Mahu Taja Dr Noor Hisham Melancong Dalam Negara

“Saya tak dapat nak buat apa-apa sekiranya berlaku… saya anggap ia atas kehendak dan izin dari Allah. Saya tak boleh nak peluk suami saya, tak bagi dia keluar, ambil handphone dia

“Saya tak boleh nak kawal suami cuma yang saya boleh buat menjaga hubungan dengan Allah. Saya hanya harapkan Allah berikan yang terbaik untuk rumah tangga saya. Itu adalah sebaik-baiknya!,” katanya kepada mStar Online.

Diminta mengulas mengenai kontroversi terpalit seorang artis baharu apabila netizen menyalahkan artis tersebut berbanding pihak lelaki yang gatal dan curang, Sarah berkata dia tiada hak untuk memberi komen mengenai hal itu.

“Secara jujurnya saya tiada hak langsung untuk komen. Isu rumah tangga seseorang itu sangat sensitif. Saya tak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana saya tidak berada dalam keadaan itu,” katanya.

Siti Sarah berkahwin dengan pelawak Shuib pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.