fbpx

Siti Sarah Sudah Tidak Tahan Hidung Dihina

Meskipun kita sudah menghampiri tahun 2020, namun isu body shaming masih tiada kesudahan lagi. Baru-baru ini, Siti Sarah meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang masih menghina dan mengecam bentuk fizikal seseorang.

Bukan kali pertama bentuk fizikalnya dihina, Sarah berkata sudah lebih 30 tahun dia menganggung penderitaan itu. Malah, Sarah turut mengatakan adakah dia perlu mengubah ciptaan Allah baru orang berhenti menghinanya.

BACA: Netizen Kurang Senang Siti Sarah Pakaikan Kasut Shuib?

“Sarah sebenarnya dari kecil sampai hari ni masih menghadapi masalah yang sama iaitu orang pandang jijik mengenai bentuk hidung saya. Jauh di sudut hati saya dah tak boleh hadam benda ni sebab dah lebih dari 30 tahun. Hidung, hidung dan hidung.

“Nak saya tukar hidung ke baru tak hina saya? Bagi tahu dengan saya macam mana nak buat sebab Allah bagi saya hidung ni,” katanya.

Terkilan dengan hinaan tersebut, Sarah berkata segala kutukan tentang hidungnya itu juga dibaca oleh ahli keluarganya juga. Katanya lagi, pasti ramai diluar sana turut menderita disebabkan kata hinaan daripada individu sedemikian.

“Untuk pengetahuan awak, kutukan hidung tu satu keluarga saya baca, suami dan anak-anak. Orang sekarang ni dah terlalu teruk bab mengutuk fizikal orang. Terlalu ramai orang yang macam saya diluar sana menderita sebab kene kutuk dengan orang yang macam ni,” katanya.

Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepadanya serta meminta supaya Siti Sarah tidak mengendahkan kutukan berkenaan.