fbpx

Netizen Kurang Senang Siti Sarah Pakaikan Kasut Shuib?

Bukan mudah bergelar selebriti, segala tindak tanjuk pasti akan menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi jika ianya dikongsikan di media sosial. Ada saja serba tak kena di mata netizen yang cuba mencari salah selebriti.

Seperti pasangan selebriti Siti Sarah dan Shuib Sepahtu juga tidak terlepas daripada komen liar mengenai rumah tangga mereka. Baru Sarah ada memuat naik video memaparkan dia memakaikan kasut suaminya berserta kapsyen guaraun.

BACA: Shuib Bengang Siti Sarah Diejek Gara-Gara Isu Ysuku

https://www.instagram.com/tv/B6AtXCaFu38/?utm_source=ig_embed

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan tersebut yang sentiasa romantik meskipun kini sudah mempunyai tiga orang cahaya mata.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang melihat video tersebut malah ada yang mengur Shuib untuk memakai kasut sendiri kerana isteri bukannya orang gaji.

Dalam pada itu, teguran individu itu turut mendapat perhatian netizen lain yang berpendapat perbuatan itu tidak salah malah ianya mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri.

https://www.instagram.com/tv/B6F4dLHF0ih/?utm_source=ig_embed

Dalam satu lagi perkongsian, Sarah dilihat memuat naik satu lagi video bagi menjelaskan situasi sebenar mengapa dia memakaikan kasut kepada suaminya.

Biasalah netizen ada saja benda tak kena di mata mereka sehinggakan perkara remeh seperti ini dijadikan isu. Apa pun semoga hubungan mesra pasangan ini kekal sampai bila-bila.