fbpx

Siti Sarah Perlu Jalani Pembedahan Keluarkan Baby

Sebentar tadi, menerusi satu perkongsian di Instagram pelawak Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah perlu menjalani pembedahan kira-kira jam 2 petang iini untuk mengeluarkan bayi.

Menerusi entri tersebut, Shuib memohon orang ramai mendoakan pembedahan tersebut dipermudahkan dan keadaan isteri serta anaknya baik-baik sahaja.

BACA: Siti Sarah Dimasukkan Ke ICU, Shuib Mohon Doa Orang Ramai

Memetik laporan Harian Metro, pengurus Siti Sarah iaitu Nana Mohamad Rom memaklumkan sekitat 12 tengah hari tadi Sarah sudah ditidurkan selepas dimasukkan ICU pagi tadi berikutan oksigen tidak stabil.

“InsyaAllah jam 2 petang ini doktor akan buat pembedahan keluarkan bayi. Kalau pembedahan ini berjaya, insya-Allah semuanya okey. Insya-Allah Sarah akan okey,”

“Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga. Insya-Allah dengan pembedahan terbabit dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,” katanya.