Siti Sarah Dimasukkan Ke ICU, Shuib Mohon Doa Orang Ramai
Umum mengetahui, petang Selasa lalu penyanyi Siti Sarah Raisuddin dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia selepas kadar oksigennya menurun.
Sebentar tadi, menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya yang kini hamil tujuh bulan dimasukkan ke ICU pagi tadi berikutan oksigen tidak stabil.
BACA: Oksigen Masih Belum Stabil, Shuib Mohon Doakan Isterinya
“Assalammualaikum, salam Jumaat semua, Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik,” tulisnya.
Menerusi entri tersebut, Shuib turut memohon orang ramai mendoakan isterinya diberikan kesembuhan dan bayi dalam kandungan dilindungi Allah.
“Mohon di hari baik hari Jumaat ini, doakan Sarah dan anak dalam kandungan, semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin,” tulisnya.s
Syafakillah, semoga cepat sembuh Sarah…Aamiin.
Aaaminn Ya Rabb.. mudah2an Sarah dan Baby diberikan kesembuhan secepatnya…
SYAKILLAH BUAT SARAH DAN ANAK DALAM KANDUNGAN. SEMOGA DI PERMUDAHKAN URUSAN SHUIB SEKELUARGA.
Semuga Sarah dan baby cepat sihat
semoga cepat sembuhn ibu dan anak.
retis2 yg ada petua itu sila kemukakan petua anda rita, lana dan lain2.
biar diana rafar yg jaga dengamn zizan not our level
semoga dipermudahkan urusan, dilindungi Allah dan cepat sembuh, amiin.