fbpx

Siti Sarah Mohon Hidayah Untuk Kekal Berhijab

Baru sahaja pulang dari menunaikan umrah bersama suami, Siti Sarah nampaknya tampil manis berhijab. Selain menghormati bulan Ramadhan, Sarah memohon agar dirinya diberikan hidayah untuk terus kekal bertudung selepas ini.

BACA: Dipanggil Gorila & Babi, Siti Sarah Nekad Berubah

“Jujurnya, saya tidak boleh menjangkakan apa-apa sama ada imej bertudung ini dikekalkan atau pun tidak. Baik buruk datangnya daripada Allah dan setiap kelakuan kita akan berbalik kepada-Nya,” jelasnya.

Penampilan baru Sarah rata-rata mendapat pujian ramai kerana kelihatan begitu manis dan sopan. Malah ramai memberikan kata-kata sokongan buat penyanyi itu untuk terus mengekalkan imej bertudung.

Kalau dilihat pada Instagram Sarah, sejak pulang dari umrah sehingga ke hari ini memang beliau mengenakan hijab setiap kali keluar. Jelas Sarah, bukan saja di Mekah, malah setiap hari beliau berdoa agar dibukakan hati untuk terus berhijab.

Mana tahu sempena bulan baik ini, doa Sarah dimakbulkan dan dibukakan hati untuk terus bertudung. Bak kata orang, mula-mula pakai kerana suka lama-lama terasa sebati sampaikan segan mahu membuka aurat. (rtky/w)