fbpx

Oksigen Masih Belum Stabil, Shuib Mohon Doakan Isterinya

Umum mengetahui, petang semalam penyanyi Siti Sarah Raisuddin dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia selepas kadar oksigennya menurun.

Difahamkan, semalam merupakan hari terakhir Sarah bersama suaminya, Shuib Sepahtu serta anak-anak menjalani kuarantin dan sepatutnya memotong gelang pink.

BACA: Shuib, Siti Sarah & Anak-Anak Positif Covid-19

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, Shuib memaklumkan keadaanya isterinya bertambah baik namun oksigen masih belum stabil.

Shuib sempat memuat naik screenshot ketika membuat panggilan video bersama isteri. Dapat dilihat Sarah masih memakai alat bantuan pernafasan.

 

Dalam entri tersebut, Shuib turut memohon pengikutnya mendoakan isterinya dan berterima kasih pada mereka yang mendoakan mereka sekeluarga sejak dari awal disahkan positif Covid-19.

Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mendoakan agar Sarah dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik dan dipermudahkan urusan.