Siti Sarah Dedah Duit Hantaran Shuib RM15,000 Rupanya Hutang
Hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga, baru-baru ini penyanyi Siti Sarah mendedahkan rahsia di sebalik perkahwinan mereka.
Sarah berkata duit hantaran bernilai RM15,000 yang diberikan suaminya, Shuib Sepahtu sebenarnya adalah hutang namun selepas berjaya mengumpul wang tersebut bapanya meminta Shuib menyimpan untuk anak-anak.
BACA: Siti Sarah Yang Hamil, Ibu Mentua Alami Alahan
“Sarah teringat masa kahwin dengan Shuib dulu, hantaran ketika itu adalah RM15,000. Tapi Sarah nak beritahu satu rahsia iaitu RM15,000 adalah hutang. Tak tipu sebab Shuib tak mampu nak bayar waktu itu.
“Shuib hutang dengan abah Sarah tau. Sarah tahu Shuib bersusah payah nak bina kerjaya tapi apa yang Sarah beli masa itu adalah akhlak, kerajinan dan tanggungjawab. Dia tak pernah lupa tanggungjawab dengan Sarah dan keluarga.
“Alhamdulillah lepas kahwin, rezeki makin banyak. Shuib dapat duit kemenangan Maharaja Lawak dan nak bayar balik duit abah. Apabila sudah ada duit untuk bayar abah kata jangan jadi bodoh. Simpan duit itu untuk anak nanti,” katanya.
Sarah mendedahkan perkara itu selepas tular komen seorang wanita di Facebook yang mengatakan golongan lelaki boleh melupakan hasrat untuk berkahwin sekiranya tidak mampu menyediakan hantaran RM20,000.
Tidak setuju dengan pendapat wanita tersebut, Sarah berkata kebahagiaan tidak boleh diukur dengan wang ringgit namun peribadi seseorang.
“Sebagai wanita kena tengok lelaki itu jenis macam mana, baran ke, kedekut ke, berkira ke. Kalau awal-awal kenal dah ajak kita keluar walaupun ibu bapa tak izinkan dan ajar kita untuk tipu keluarga, tak mustahil dia akan tipu kita.
“Mungkin adik ini rasa bahagia dengan RM20,000, tapi bagi orang lain nilai kebahagiaan bukan daripada wang ringgit semata-mata. Moga adik-adik yang nak kahwin janganlah menekan sangat nak menunjuk kahwin siapa lagi gempak sebab kehidupan yang sebenarnya adalah selepas kenduri. Jangan buat pinjaman yang akhirnya tersiksa,” katanya
Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata serta bakal menimang anak keempat tidak lama lagi.
- SUMBER
- Harian Metro
Lepas tu scam orang
keje menipu makan duit haram mmg la bahagia kaya raya. bodoohhh dua2 beruk ni
Aiyoh…apasal la cerita org, baik2 org tak tau
jdi masa hntran tu yg rm15ribu tu hanya check kosong ke atau duit tu dh digubah berbentuk bunga, atau msuk dlm album. Ini cara org2 tahun 90an taw masa bgi duit hntaran..rasanya 2011 msih relevan lgi nk buat.
..#tak pelah..jnji jujur, jujur itu kunci kebahagiaan..
At least dia jujur,xde duit sebyk itu..bapak sarah pun rela & redho..berkat doa org tua la tu dia berjaya jugak nak byr duit hantaran tu (walau menang maharaja lawak)
At least nmpk la yg bapak sarah ni bkn jenis pandang harta..agak gamble jugak si raisudin ni,bagi ank khwn mcm tu..tp tahniah la..
alalalalalaaaaa…sape soruh bini ko letak memahal. Ahkak dpt sejadah pon jadilah….ahhgitew.
Mula lh buka aib sendiri
Mula lah kata susah. Selepas kena siasat. Dulu suka show off kekayaan. Sekarang nak simpati puiiii
Dah kayo…bolehlah buka cite waktu misikin dulu. Apapun mereka loving couple..nmpk ikhlas.