Penyanyi Siti Sarah meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk berkongsi rezeki dan membantu pihak yang memerlukan, namun dia memilih tidak hebahkan perkara itu.

Bagaimanapun, isteri kepada pelawak Shuib itu kesal apabila ada segelintir pihak cuba mengambil kesempatan terhadap bantuan yang dihulurkan termasuk meminta barangan yang tidak kena dengan situasi.


BACA: 6 Tahun Tak Ada Baby, Siti Sarah Lupa Nak Beli Barang Apa

“Contohnya minta belikan baju dalam talian atau kerusi selesa sebab nak bekerja dari rumah. Ada juga kes yang minta bantuan tapi nak barang yang ikut tekak sendiri,” katanya kepada Harian Metro

Dalam pada itu, Sarah turut berharap mereka yang memerlukan bantuan supaya lebih bertimbang rasa serta mengutamakan pihak lain yang lebih memerlukan.

Kasihanlah orang lain yang betul-betul perlukan bantuan. Ada yang sampai makan nasi lauk telur saja, tapi dia tak nak minta bantuan sebab rasa ada ramai lagi yang lebih susah.


“Ini tidak, ada yang cukup makan pakai tempat tinggal segala segi, boleh minta bantuan nak daging macam-macam. Tolonglah jangan ambil kesempatan,” katanya.