6 Tahun Tak Ada Baby, Siti Sarah Lupa Nak Beli Barang Apa
Kini sedang sarat hamil anak keempat, baru-baru ini penyanyi Siti Sarah meluahkan rasa panik kerana tidak tahu barang apa yang perlu dibeli sebagai persiapan menyambut kelahiran bayinya itu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sarah berkata sudah enam tahun dia tiada anak kecil sehinggakan lupa mahu membeli barangan apa.
BACA: Bakal Bersalin, Siti Sarah Seriau Dengan Kes Tertukar Bayi
Sementara itu, Sarah turut meminta pengikutnya berkongsi pengalaman barangan apa yang perlu dibeli terlebih dahulu memandangkan usia kandungannya kini sudah mencecah tujuh bulan.
“Dah lima tahun tak ada baby, sampai sudah lupa nak beli apa untuk persiapan baby. Kalau korang beli apa dulu? Beli masa kandungan berapa bulan?,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sarah turut mempersoalkan bagaimana dia hendak membeli keperluan bayi terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Perkongsian Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berkongsikan pengalaman masing-masing. Malah, ada mengatakan ia perkara biasa jika jarak kandungan bertahun lamanya. Tidak kurang juga, ada yang memberi cadangan membeli barangan bayi melalui atas talian.
- SUMBER
- Utusan Online
alahai.. nk bli kt mne pun kne tnye je. hg dok zaman batu ka.
tak perlu siapkan apa2 beranak di rumah juga sebab takut tertukar bayi pakai je kain sarung, tuala, selimut, baju cantik2 berkilat2 kat anak tu. kalaulah teruk betul awak sekeluarga terkena pkp ini.
yg nak beranak anak sulung di ulu2 pedalaman pun pandai berfikir tidak mengada2 pura2 mcm ini.