fbpx

“Siti Sarah Banyak Kali Tanya Ingin Bayar Sewa Rumah Orang Miskin”

Turut berduka di atas pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin pagi semalam, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ebit menitipkan rasa sedihnya serta mendedahkan arwah Sarah menawarkan diri membantu membayar beberapa rumah sewa golongan miskin.

BACA: Lagu Kesetiaan Kembali Tular Di Media Sosial

“Ya Allah sedihnya rasa. Insya-Allah, Shuib , Siti Sarah serta anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus.

“Sarah banyak kali tanya kepada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, Ebit turut mendoakan agar arwah dikurniakan syurga Firdaus serta berharap suaminya, Shuib bersabar dengan ujian tersebut.