fbpx

Lagu Kesetiaan Kembali Tular Di Media Sosial

Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah bukan sahaja ditangisi keluarga dan rakan industri seni, malah rakyat Malaysia turut berduka dengan berita tersebut.

Menerusi Twitter, nama Allahyarham trending apabila rata-rata netizen memuat naik foto dan ucapan takziah buat Shuib sekeluarga.

BACA: “Bidadari Syurga Saya Telah Pergi Buat Selama-lamanya”

Malah, video Siti Sarah menyanyi lagu popularnya, Kesetiaan turut tular. Rata-rata berpendapat lagu tersebut kini telah membawa satu makna yang lebih besar selepas pemergian Siti Sarah.

Netizen berkata lagu tersebut merupakan lagu kegemaran mereka dan akan terasa lain selepas ini setiap kali mendengarnya. Tidak kurang juga, mereka akan menangis setiap kali mendengar lagu tersebut selepas ini.

Awal pagi tadi, Shuib memaklumkan isterinya, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi selepas tiga hari ditidurkan sejak petang Jumaat lalu untuk menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang berusia lapan bulan.