fbpx

Siti Saleha Tidak Anggap Sharnaaz Ahmad Lelaki Yang Panas Baran

Pelakon jelita yang manis berlesung pipit, Siti Saleha langsung tidak merasakan Sharnaaz Ahmad seorang yang garang — malah puji Sharnaaz Ahmad seorang yang sangat kelakar.

Digandingkan bersama di dalam drama terbitan MIG, Ruby bagi slot SAMARINDA untuk TV3, Siti Saleha memberitahu apa yang didengari mengenai sifat baran Sharnaaz Ahmad ternyata tidak benar.

“Pada mulanya memang tidak tahu menahu kisah dia dan Shila, saya jenis masuk set untuk bekerja. Masalah peribadi artis saya memang tidak ikuti”

“Bila berlakon je dengan dia, saya terkejut ingatkan dia garang tetapi sebenarnya dia seorang yang sangat kelakar. Memang apa yang digambarkan pihak media sebelum ini tak sama”

“Saya pelik kenapa orang boleh cakap dia garang, mungkin sebab intonasi suaranya kot. Tapi pada saya itu adalah suaranya, memang tidak boleh diubah”

Ujar pelakon yang mula popular menerusi drama Nora Elena ini turut menambah ada juga yang bertanya adakah Sharnaaz seorang yang gatal namun Saleha dengan pantas menolak dakwaan tersebut dan mengatakan dia seorang yang fokus dan profesional.

“Kami di set memang serius, tapi dia ada juga buat kelakar sehinggakan kadang-kadang saya sendiri merasa sukar untuk berlakon. Saya percaya dia seorang yang serius di dalam percintaan kerana dia bukan seorang yang gatal seperti yang diperkatakan”

“Pada pandangan peribadi saya, mungkin disebabkan sifatnya yang tegas dan kelakar yang membuatkan Shila Amzah terpikat”

“Iyalah kita bukan kenal dia secara peribadi, orang yang dekat dengan dia lebih kenal dan saya yakin Sharnaaz seorang lelaki yang baik”

Memegang watak sebagai Syuhara di dalam drama 15 episod ini Siti Saleha dan juga Sharnaaz Ahmad (Benjamin), Drama “Ruby” telah menemui penonton mulai 2 Januari lalu dan bersiaran setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 10 hingga 11 malam.