fbpx

Siti Saleha Sahkan Bakal Kahwin Tahun Ini

Setelah mengumumkan bakal melangsungkan majlis pernikahan selepas sambutan Aidilfitri nanti, Siti Saleha mengakui pada ketika ini segala persiapan untuk hari bahagia mereka sedang giat dijalankan. Pun begitu, Saleha enggan terlalu mendedahkan perincian majlis berkenaan kepada umum dan mengharapkan peminat terus mendoakannya.

BACA: Siti Saleha Rancang Nikah Lepas Aidilfitri

“Persiapan sedang berjalan. Saya melakukannya sedikit demi sedikit. Contoh busana perkahwinan masih dalam proses perbincangan. Pada masa sama kami masih mencari tarikh sesuai. Saya tak mahu beri tekanan kepadanya apatah lagi dia sibuk ke luar negara atas urusan kerja”

“Insya-Allah jika semua persiapan sudah selesai, saya sedia untuk berkongsikan kepada semua. Jadi doakan saja segala perancangan kami berjalan dengan lancar,” jelasnya kepada Harian metro mengenai persiapan perkahwinan yang bakal diadakan selepas perayaan Aidilfitri ini.

Selain itu, Saleha turut menjelaskan bahawa dirinya tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama. Bak kata orang ketika bertunang memang banyak cabaran dan dugaanya. Dengan itu Saleha tidak mahu terlalu memikirkan perkara yang boleh menjejaskan hubungannya bersama bakal suami pada saat sedang merancang persiapan pernikahan. (rtky/w)