fbpx

Siti Saleha Mohon Diberi Ruang Untuk Bertenang

Disahkan bercerai talak satu baru-baru ini, pelakon Siti Saleha mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai terhadapnya.

Terharu dengan setiap sokongan diberikan kepadanya, Saleha berkata takdir yang tertulis untuknya adalah aturan terbaik dari Allah.

BACA: “Dua Berita Duka Dalam Sehari, Datuk Meninggal & Suami Lafazkan Talak”

“Assalamualaikum. Pertama sekali, terima kasih tidak terhingga untuk kata-kata sokongan yang indah, ingatan dan doa pada waktu penuh dugaan ini.

“Saya menghargai setiap satu dan anda semua. Kita hanya mampu merancang tapi pada pengakhirannya, Allah lebih tahu yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Saleha turut meminta kepada orang ramai agar dirinya diberi ruang untuk pulih serta bertenang buat masa sekarang.

“Saya harap jasa baik semua untuk menghormati dan memberikan saya masa serta ruang untuk memproses dan pulih, insyallah. Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang tidak terhingga kamu semua,” katanya.

Rumah tangga Saleha hanya mampu bertahan selama empat tahun selepas disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Ahmad Lutfi.