fbpx

“Dua Berita Duka Dalam Sehari, Datuk Meninggal & Suami Lafazkan Talak”

Sah bercerai talak satu semalam dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar semalam, Siti Saleha berkata dia turut menerima berita duka apabila kehilangan datuknya.

Memetik laporan BH Online, Saleha berkata dia mengakui bersedih dan bukan mudah untuknya menerima hakikat keruntuhan rumah tangga.

BACA: Siti Saleha Sah Bercerai Talak Satu

Kata Saleha, dia menerima dua berita sedih dalam satu hari dimana datuknya yang yang menetap di United Kingdom (UK) meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Saya tetap sedih walaupun memfailkan perceraian itu. Saya hanyalah manusia biasa… Perceraian bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya hadapi.

“Kebetulan pagi semalam, saya mendapat perkhabaran datuk yang menetap di United Kingdom (UK) meninggal dunia akibat serangan jantung. Kemudian bekas suami pula lafazkan talak. Bermakna ada dua berita duka yang saya terima, semalam,” katanya.

Dalam pada itu, Saleha berkata dia reda perkahwinan yang dibina selama empat tahun sudah pun berakhir dan masih boleh berkawan baik meskipun sudah tidak lagi bergelar suami isteri.

“Walaupun sedih kerana pengakhiran perkahwinan kami tidak seperti yang diharapkan, saya reda dan anggap tiada jodoh antara kami.

“Walaupun sudah tidak lagi hidup bersama, kami masih boleh berkawan baik. Saya tetap ada untuknya pada bila-bila masa jika diperlukan.

“Tidak perlu hendak dendam. Lagipun, kami bercerai cara baik… Doakan saja yang baik-baik untuk kami,” katanya.

Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2018 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.