fbpx

Siti Saleha Malu Dengan Babak Intim Sendiri Dalam Filem Kerat 14

Melihat dari perwatakannya yang ceria dan bersifat open minded kita tidak akan sangka beliau merupakan seorang yang sangat berdikari dan mampu hidup sendiri.

Masih lagi solo, Siti Saleha yang sebelum ini popular menerusi drama Nora Elena tampil buat pertama kalinya di layar perak untuk filem Kerat 14.

Berpuas hati dengan filem pertamanya, Siti Saleha memberitahu walaupun tampak senang dia sebenarnya mengalami kesukaran untuk melakonkan watak sebagai Zara dan harus melakukan adegan mesra bersama pelakon baru, Ali Arami.

“Ada scene ‘mesra’ yang mana saya terpaksa berlakon seperti hendak bercium, untuk melakukan babak tersebut terpaksa mengambil beberapa kali shot kerana banyak sudut yang dimahukan pengarah. Saya sebagai pelakon hanya menjalankan tugas”

Ujar Siti Saleha lagi, ketika tayangan media bapanya turut sama hadir memberi sokongan dan apabila ditanya mengenai respon bapanya itu dia memberitahu bahawa dari awal hinggalah sekarang dia berada di belakang dan sentiasa memberi semangat positif dan dia anggap itu antara tugas yang perlu dilunaskan untuk menjadi pelakon yang versatil.

“Ketika bapa melihat babak itu saya berasa agak malu dan menyuruh dia menutup mata, tapi saya tahu dia memahami kerjaya saya sebagai pelakon, asalkan tidak berlebihan”

Apa-apa pun, kejelitaan dan kelembutan Siti Saleha ketika berhadapan dengan peminatnya amatlah mesra dan kami yakin suatu hari nanti beliau pasti mampu menjadi pelakon yang disegani. Tahniah Siti Saleha!