Kalau anda peminat drama Melayu, pasti anda kenal siapa gerangan Siti Saleha. Our new girl next door.

Memulakan karier sebagai model iklan, kini Siti Saleha mampu berdiri dengan nama sendiri selepas popular dengan drama bersiri ‘Nora Elena’.


Bercakap kepada REMAJA untuk keluaran Ogos 2011, Siti Saleha berkata beliau idamkan watak jahat & melakonkan aksi lasak.

Kami masih ingat ketika Lisa Surihani, Scha al-Yahya, Faezah Elai, Fazura jawab dengan jawapan yang sama ketika mereka berada di tahap Siti Saleha ketika ini.

Jawapan wajib atau sebenarnya mereka tiada identiti sendiri? Ya, anda curah petrol & bakar kami sekarang.

Berkenaan gossip murahan dalam dunia hiburan tempatan, Siti Saleha menasihatkan peminat hiburan supaya tidak memulakan gossip tidak berasas. Sebaliknya fokus kepada bakat yang ada dalam diri beliau.