Pelakon yang kini sedang hangat di pawagam seluruh Malaysia melalui filem Balada Pencinta, Siti Saleha nampaknya tidak sesekali menyorok apabila diajukan soalan berbaur peribadi lebih lebih lagi tentang status dirinya ketika ini.

Lama tidak mendengar kisah peribadi beliau, Siti Saleha jujur mengakui yang dirinya kini sedang menjalin hubungan dengan seorang jejaka berasal dari Eropah dan hubungan ini sudah terjalin sejak empat bulan yang lalu.


“Biasalah kita perlukan warna dalam kehidupan ini & benar, saya sudahpun mempunyai seorang kekasih. Dia merupakan lelaki berbangsa Eropah yang bekerja di negara ini”

“Tetapi ia masih pada fasa perkenalan dan tiada yang serius lagi dalam perhubungan ini. Saya baru berumur 23 tahun, banyak perkara yang ingin saya lakukan dahulu sebelum berkahwin”

Siti Saleha turut berkata yang beliau mehu tumpukan perhatian kepada kerjaya seninya ketika ini sebelum memikirkan alam perkahwinan yang jauh lebih besar tanggungjawabnya nanti.