Siti Nurhaliza Umum Bakal Timang Anak Lelaki
Desas-desus mengenai Datuk Seri Siti Nurhaliza dikatakan sedang berbadan dua hangat diperkatakan sejak bulan lalu akhirnya terjawab apabila semalam penyanyi tersohor negara itu mengesahkan bahawa dirinya kini hamil anak kedua.
Lebih manis Siti memaklumkan impiannya untuk dikurniakan cahaya mata lelaki dimakbulkan. Perkara itu dimaklumkan oleh Siti menerusi siaran langsung bersama Shopee sebentar tadi.
BACA: Hamil Anak Kedua, Emosi Siti Nurhaliza Cepat Tersentuh
View this post on Instagram
“Memang secara ikhlas dalam hati, kalau dapat sepasang anak memang seronok. Sebab ada girl dan boy, tapi saya sentiasa terima apa saja yang akan lahir nanti,” katanya.
Turut bersama suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa menerusi siara langsung tersebut, Datuk K turut mendedahkan nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya dengan huruf A.
“Semua anak lelaki bermula dengan Muhammad dan nama seterusnya bermula dengan huruf A. Apa-apa pun saya bersyukur dengan anugerah terindah ini,” katanya.
Berkongsikan proses kehamilan keduanya, Siti berkata dia tidak boleh lagi makan makanan yang pedas seperti kebiasannya sedangkan sebelum ini dia sangat suka makanan pedas.
“Saya tak ada mengidam makanan yang bukan-bukan atau yang susah didapati. Cuma yang saya rasa lain sebelum dan semasa hamil ini, saya tak boleh makan pedas.
“Sedangkan sebelum ini saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengandung ni tak boleh pula. Jadi bila makan tu rasa tak puas. Hanya makan sup dan selera pun tak ada,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Tak kisah laki pompuan mesti penyek mcm ko lol
Mesti comel..anak lelaki tu nanti ikut muka siti. ..afiya anak ibu ikut muka bapak nya
Xbaikla ckp mcm tu.. dia xsakitkan hati kau pun. Knpa ckp yg bukan2. Klu nak memeriahkan rotikaya pun ada cara lain kot.
Dia mmg mcm tu sis. Hati nya munkin pernah tersakiti. Semoga ketemu apa jua yg kamoo cari dlm hidup ini wahai Bencithot
…yg pompuan ikut muka Saerah yg lelaki mungkin akan ikut muka Pak sedaranya Ayie…muka lebar lebar.
Hehe….muka lebar2…
Kekal sihat tok ti..
Moga bby jg sihat..
Tumpang seronok ats kebahagiaan tok ti
Moga dpermudahkan sepanjg mengandg dan bersalin. bila melahirkan rezeki dapat sorang lagi jadi mudah. InsyaAllah. saya tunggu 7 tahun baru dpt si abang lepas tu 1t7b melekat sorang lagi perempuan. Rezeki dr Allah kita xdpt jangka. Syukur dpt Sepasang. pedulikan mulut2 puaka ni. Saya doakan kepada semua pasangan yg belum dpt anak. Jangan putus asa tabah hadapi dugaan. love yourself n family.