Desas-desus mengenai Datuk Seri Siti Nurhaliza dikatakan sedang berbadan dua hangat diperkatakan sejak bulan lalu akhirnya terjawab apabila semalam penyanyi tersohor negara itu mengesahkan bahawa dirinya kini hamil anak kedua.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Usia kandungan kini sudah mencecah empat bulan, Siti meluahkan rasa syukur sepanjang proses kehamilan dia tidak mengalami sebarang alahan teruk. Namun, Siti berkata emosinya mudah tersentuh dan cepat rasa letih.
BACA: Siti Nurhaliza Sahkan Hamil Empat Bulan
“Cabaran hamil kali kedua, saya rasa cepat penat mungkin kerana faktor usia juga. Sekarang ini saya lebih emosi, tengok cerita di televisyen sikit pun saya menangis, baca cerita di Instagram pun menangis.
“Proses kehamilan setiap anak pasti berbeza. Alhamdulillah syukur buat masa ini tiada masalah, tidak seperti awal-awal hamilkan Siti Aafiyah dulu, ada pendarahan dan sebagainya tapi kali ini semua dipermudahkan.
“Doakan saya diberi kekuatan dan kesihatan sehinggalah akhir bersalin yang dijangka April tahun depan,” katanya.
Akui timbul rasa bimbang hamil disaat negara sedang berdepan COVID-19, Siti berkata dia lebih berhati-hati dan tidak akan keluar rumah jika tiada urusan penting.
“Saya sedikit gementar apabila hamil dalam situasi Covid-19, lebih-lebih lagi wanita hamil berisiko tinggi untuk dijangkiti.
“Sebenarnya saya nak jalani rawatan IVF lebih awal tapi disebabkan Covid-19 saya lewatkan sikit. Saya ambil keputusan untuk melalui rawata IVF selepas keadaan sedikit reda,” katanya.
Dalam pada itu, Siti berkata anak sulungnya, Siti Aafiyah antara yang paling teruja dan seakan sudah memahami dia bakal bergelar kakak dan menerima kehadiran orang baru tidak lama lagi.
“Saya tak pasti dia faham atau tidak tapi dia tahu ada baby di dalam perut. Saya juga sering tunjuk foto imbasan kehamilan mengenai keadaan bayi dalam kandungan saya.
“Bila tanya mana baby, dia akan cium macam dalam video siaran langsng di Instagram tempoh hari,” katanya.