Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu dengan sokongan diri peminat setiap kali menganjurkan konsert besar.
Memetik BH Online, Siti turut terharu dengan kesungguhan peminat untuk mendapatkan tiket serta ada yang berkongsi menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli tiket.
BACA: Siti Nurhaliza, Datuk K Tak Galak Anak Jadi Penyanyi
“Rasa terharu itu memang ada, hendak menangis pun ada, malah kelakar pun ada sebab peminat buat cabaran merakam momen mereka ‘battle’ mendapatkan tiket.
“Saya sempat tengok di Threads, ada yang begitu yakin tetapi akhirnya terlepas juga peluang mendapatkan tiket. Jadi, bila lihat perkara itu, memang mendebarkan,” katanya.
Sementara itu, Siti berkata dia tidak menyangka apabila ada peminat kongsikan menggunakan wang KWSP untuk membeli tiket sekaligus mahu memberikan yang terbaik di konsert berkenaan.
“Saya ada membalas hantaran dibuat peminat itu. Disebabkan sokongan seperti inilah saya tidak mahu menghampakan mereka dan akan memberikan persembahan terbaik,” katanya.
Sumber: BH Online