fbpx

Siti Nurhaliza Nak Bantu 1,500 Keluarga Terjejas

Simpati dengan nasib ramai pihak yang terjejas susulan pandemik Covid-19, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil untuk membantu 1,500 keluarga yang terkesan.

Menganjurkan kempen Bantuan Prihatin 2021 melalui Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings Sdn Bhn, Siti berharap bantuan diberikan dapat menringankan beban keluarga yang kini kesusahan.

BACA: Pengasuh Aafiyah Selamat Bernikah, Siti Nurhaliza Taja Baju Kahwin

“Kita memfokuskan kepada barangan keperluan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah dengan keluarga di Selangor dan Kuala Lumpur boleh memohonnya. Kami harap bantuan ini dapat meringankan beban keluarga yang mempunyai anak kecil.

“Kami akan usahakan secara berperingkat dan menyasarkan 1,500 keluarga terjejas akibat pandemik ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi nombor satu negara itu turut mengucapkan terima kasih atas kesudian beberapa pihak yang sudi bekerjasama dan menjadi Rakan Kolaborasi Prihatin.

“Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, usaha pelbagai pihak menyalurkan bantuan tidak pernah terhenti. Saya terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan rakyat

“Hari ini kita terus kuat bersatu dan menjadi sebuah keluarga besar tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan dan sebagainya,” katanya.

Bagi mereka yang ingin memohon Bantuan Prihatin 2021, boleh memberi maklumat lengkap dengan melayari https://forms.gle/g4WzEVHYsTt9pC548.