Pengasuh Aafiyah Selamat Bernikah, Siti Nurhaliza Taja Baju Kahwin
Jika anda mengikuti perkembangan anak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, pasti ramai tahu Siti Aafiyah dijaga oleh seorang pengasuh dikenali sebagai Dayah Zubit.
Terbaru, Dayah dikhabarkan selamat bernikah dengan jejaka hati pilihannya yang juga pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) iaitu Ridzuan Razali.
BACA: Siti Nurhaliza Syukur Aafiyah Senang Dididik, Mudah Belajar
View this post on Instagram
Pasangan itu selamat bernikah tengah hari semalam di sebuah dewan di Sungai Petani, Kedah. Majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Namun, majlis serba sederhana itu disiarkan secara siaran langsung menerusi laman Instagram untuk tontonan kenalan dan pengikutnya.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Daya berkongsikan momen membuat panggilan video bersama Aafiyah sebelum bergelar isteri dan akui sedih Aafiyah tidak dapat hadir meraikan hari bahagianya itu.
Lebih bermakna, Dayah memberitahu Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menaja busana pengantin hasil rekaan Rizman Ruzaini.
Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru, semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
- SUMBER
- Ohmymedia
Huntung kau dek,jd pengasuh pon glammmm kau nyah. Murah rezeki kau
Tahniah dan semoga berbahagia dunia akhirat.
Ala macam “Say Yes to the Dress” kat Astro. Boss belanja staff dia baju pengantin.
Berkepok kepok, berkepok kepok PAHALA Tokti.
lega dato ct pengasuh yg lawa tu dh kawen. risau kalau kandanya pandang lama2