fbpx

Siti Nurhaliza Mengaku Sudah Lama Berbaik Dengan Bekas Isteri Datuk K

Kemunculan sekeping gambar di akaun Instagram Asyraf menunjukkan Datuk Siti Nurhaliza & bekas isteri Datuk K, Datin Tengku Zawiyah Tengku Izham menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat.

Ramai beranggapan yang hubungan kedua dua mereka kini sudah pun baik selepas di’khabarkan agak tegang beberapa tahun sebelum ini atas sebab sebab yang tidak perlu kami uraikan.

Datuk Siti Nurhaliza menerusi Berita Harian bagaimana pun berkata yang hubungan beliau & Tengku Zawiyah sudah lama baik dan mengharap para peminat tidak memberikan persepsi negatif lagi terhadap mereka.

“Hubungan kami memang baik & mungkin disebabkan gambar itu baru saja tersiar menyebabkan ramai yang menyangkakan kami baru saja berbaik,” ujar Siti Nurhaliza yang turut mengakui sudah banyak kali bertemu ibu Asyraf sebelum ini.

“Bersempena hari baik bulan baik ini, adalah lebih baik mengeratkan lagi tali silaturahim yang sedia ada,” tambahnya lagi.