fbpx

Siti Nurhaliza Kutip RM8 Juta Dalam Masa 2 Jam

Sebut saja nama Siti Nurhaliza, pasti semua tahu beliau adalah penyanyi nombor satu negara. Bukan saja di kenali di Malaysia, malah di peringkat antrabangsa. Selain seorang penyanyi yang hebat, Siti Nurhaliza juga merupakan antara usahawan berjaya.

Baru-baru ini, Siti Nurhaliza telah mencipta rekod apabila berjaya menjual set peralatan memasak istimewa Vantage berjumlah RM8 juta ringgit bersamaan kira-kira RM67,000 seminit.

BACA: Siti Nurhaliza Mahu Tambah Cahaya Mata

Program konsert siaran langsung sambil memasak yang pertama oleh Siti Nurhaliza itu sekaligus berjaya merekodkan penjualan produk tertinggi di platform niaga digital, Go Shop sepanjang dua jam masa bersiaran.

https://www.instagram.com/p/BsRmr0PBwP8/?utm_source=ig_embed

Menerusi rancangan tersebut Siti Nurhaliza berjaya menjual sebanyak 22,000 unit Set Istimewa Vantage berharga RM369 setiap satu. Lebih mengejutkan, jumlah jualan yang diperoleh melebihi tujuh kali ganda daripada jumlah sasaran awal yang ditetapkan.

Istimewa tentang peralatan memasak ‘Vantage’ edisi terhad Siti Nurhaliza ianya dilengkapi dengan nama dan tandatangan Siti Nurhaliza dalam ukiran laser.