fbpx

Siti Nurhaliza, Datuk K Dikompaun RM10,000

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya pada awal Mei lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

BACA: Majlis Tahnik Anak Dikecam, Siti Nurhaliza Seronok Kumpul Pahala Percuma

Selain itu, turut dikenakan jumlah kompaun yang sama adalah tiga lagi anak Datuk K.

Terdahulu, rata-rata netizen mempersoalkan kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi itu.

Malah, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila tetamu didakwa dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tersebut.