fbpx

Majlis Tahnik Anak Dikecam, Siti Nurhaliza Seronok Kumpul Pahala Percuma

Meskipun dikecam teruk oleh netizen susulan isu majlis tahnik anak keduanya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP), Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal tenang.

Namun, nama penyanyi nombor satu negara itu menjadi bualan di laman Twitter apabila didakwa memuat naik status berbaur angkuh.

BACA: Polis Siasat Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza

Menerusi entri tersebut, Siti meluahkan rasa syukur apabila menerima kecaman daripada netizen yang disifatkan sebagai pahala percuma di bulan Ramadan ini.

Susulan perkongsiannya itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Siti itu seolah tidak sensitif dengan keadaan sekeliling apatah lagi beliau sepatutnya menjadi contoh kepada orang ramai.

Namun ada yang mempertahankan penyanyi itu yang berpendapat beliau memuat naik kenyataan berkenaan kerana kecil hati dengan mulut netizen yang agak melampau.

Terdahulu, rata-rata netizen mempersoalkan kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi itu.

Malah, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila tetamu didakwa dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tersebut.