fbpx

2 Ribu Tiket Terjual Untuk Siti Nurhaliza Konsert Destini

Jarang sekali kita melihat kelibat penyanyi yang popular menerusi lagu inggeris pertama ‘Falling in Love’ membuat persembahan dan sebagai penyanyi nombor 1 negara dia merasakan diri mampu membantu anak bangsa dari golongan yang tidak berkemampuan melalui muzik, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin berjaya mengumpul dana sebanyak RM 30,000 menerusi Simplycity.

Secara keseluruhannya dana yang akan disalurkan untuk konsert yang bakal berlangsung pada 20 hingga 21 November tahun ini adalah untuk sama-sama membantu Yayasan Destini Anak Bangsa dengan kerjasama fakulti Filem, Teater & Animasi Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam khususnya untuk anak yatim, yang kurang berkemampuan dan juga yang miskin.

Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali yang turut ditemui di majlis memperkenalkan artis yang membuat persembahan turut berkongsi penjualan tiket kini yang terjual seperti ‘Goreng pisang panas’.

“Setakat ini tiket yang berjaya terjual adalah sebanyak dua ribu dan kapasiti dewan mampu memuatkan 3750 untuk sekali persembahan”

Menurut Dato’ Siti Nurhaliza lagi, pada malam itu dua hari berturut-turut lagu yang sama akan dinyanyikan dengan dikemudi pengarah muzik Edrie Hashim namun begitu akan ada lagu baharu yang bakal dipersembahkan pertama kali untuk mereka yang hadir pada konsert yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor.

Bakal berlangsung selama 2 jam setengah, istimewanya konsert yang menggabungkan pelbagai genre ini turut dijayakan oleh lima lagi artis popular tanah air iaitu Awie, Jaclyn Victor, Adira, Hafiz dan Dayang Nurfaizah.

Tidak dilupakan juga dua artis seberang yang bakal diterbangkan dari Indonesia Pasha Ungu dan juga Rossa turut mengesahkan bakal membuat persembahan di dalam membantu Yayasan Destini Anak Bangsa, YDAP khususnya. (rtky/nad)