fbpx

Siti Nurhaliza Bakal Bersalin Awal Ramadan

Usia kandungan kedua kini sudah mencecah lapan bulan, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dijangka menyambut kelahiran bayi lelaki pada awal Ramadan ini.

Meskipun bukan pengalaman pertama, namun Siti akui berdebar untuk melalui proses bersalin sekali lagi serta memohon peminat mendoakan segala urusan dipermudahkan.

BACA: Siti Nurhaliza Syukur Aafiyah Senang Dididik, Mudah Belajar

“Saya yakin setiap ibu yang pernah melalui proses bersalin pasti gementar. Lebih lagi, setiap pengalaman tidak sama. Pengalaman bersalin kali pertama tentu tidak sama dengan kedua.

“Jadi, saya memohon agar mendoakan proses bersalin berjalan dengan lancar dan dipermudahkan,” katanya .

Terdahulu, Siti memberitahu bahawa bayi keduanya itu sebenarnya merupakan kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah, namun embrio tersebut disimpan terlebih dahulu.

Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, kini berusia tiga tahun.