Siti Nurhaliza Syukur Aafiyah Senang Dididik, Mudah Belajar
Usia anak sulungnya sudah memasuki tiga tahun, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur Siti Aafiyah seorang yang mudah untuk belajar dan dididik. Gembira dengan perkembangan ditunjukkan oleh Aafiyah, Siti berkata anaknya itu sangat aktif.
BACA: Tiga Tahun Simpan Embrio, Rupanya Bayi Lelaki Siti Nurhaliza Kembar Aafiyah
“Aafiyah seorang yang sangat kalau suka, dia akan tunjuk. Contohnya malam tadi sempat buat latihan untuk majlis hari ini. Apabila masuk ke dalam dewan dan nampak poster gambar wajahnya, dia terus teruja. Sebut saja nama, dia lagi teruja.
“Saya gembira dengan perkembangan ditunjukkan Aafiyah. Mungkin dia teruja sebab sudah mula tahu dan faham. Sebelum ini dia tak pernah kena serbu. Jadi, dia agak terkejut sikit hari ini. Kalau tak, dia akan lompat-lompat.
“Alhamdulillah, Aafiyah anak yang mudah untuk belajar untuk dididik. Dia juga sangat aktif. Jadi, saya bersyukur,” katanya.
Sebagai ahli pernigaan, Siti mahu melihat Aafiyah mengikut jejak langkahnya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menceburi bidang perniagaan.
“Sebagai legasi yang saya nak teruskan supaya anak-anak saya terbabit dalam perniagaan. Aafiyah tahu ibu bapa dia ahli perniagaan selain saya sebagai penyanyi.
“Dari sisi lain, nak berjaya dalam perniagaan. Dari kecil, saya dulu berniaga kuih. Bagi saya, sesuatu yang baru untuk dia,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Comelnya Aafiyah. Teringat Aafiyah masa kat atm depan guardian, comel rambut mcm budak perempuan dlm cerita monster inc. tocang dua. Siti pon xloket senyuman bila org tegur anak dia. Acik doakan aafiyah dilindungi Nya.
rimas betul la yg obses sama anak2 retis ni…. get a life!
Semua sepesen je muka…
Muka cam aunty Saerah ?
Comel petah….
Gempak seh bday party kau yer aafiyah. Siap ada carousel dlm kawasan rumah
Umo siti ngn akk sebaya..anak sulong akk dh 20 tahun..siti anak sulong 3 tahun..
Yea Akk..tu la namanya rezeki. Rezeki stiap org x sama.. Akk anak sulong dh dewasa siti anak sulong boleh jd cucu Akk..tp bezanya maybe Akk B40 asyik tunggu BPN n Siti T20 asyik beri bantuan..Rezeki kita semua x sama jd Akk x perlu berfikiran kolot bnding itu ini. Bkn apa mana tahu anak sulung Akk lambat jumpa jodoh atau lambat dpt rezeki anak mcm Siti jugak..Biarla kita bahagia dgn cara dan dugaan masing2.
setuju dgn ‘bukan peminat siti, cuma x suka mulut makcik bawang yg longkang’… jgnlah riak atau bangga dgn apa yg kiter ade… x perlu banding rezeki kita dn org lain…rezeki kita pon bila-bila blh Allah tarik.. bersyukur sajalah n be happy 4 others…