Ini bukan kali pertama Dato’ Siti Nurhaliza di’panggil ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) semata mata untuk persembahan khas.

Umum sudah mengetahui yang Siti Nurhaliza memilih untuk tidak masuk bertanding sejak tahun 2008 dengan Destinasi Cinta (2007) sebagai karya terakhir ke pentas Anugerah Juara Lagu.


Sejak itu, pihak penganjur Anugerah Juara Lagu (AJL) telah dua kali memanggil Siti Nurhaliza sebagai kemunculan khas.

Dan secara tidak langsung mengubat rindu peminat untuk melihat penyanyi nombor satu ini beraksi di pentas AJL.

Untuk tahun ini, dengarnya pihak penganjur AJL sekali lagi akan memanggil Siti Nurhaliza untuk membuat persembahan khas dan kali ini dengan beliau akan membawakan medley lagu lagu popular Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.



Kalau benar seperti yang di’laporkan Berita Harian hari ini, memang kehadiran Siti Nurhaliza boleh menjadi pelaris malam Anugerah Juara Lagu ke 26 nanti.