fbpx

“Siti Nordiana Tak Layak Menang, Alif Satar Lagi Best”

Meskipun ABPBH 32 sudah pun berlalu, namun ramai memperkatakannya dek kerana banyak keputusan yang agak mengejutkan. Malah, ramai tidak berpuas hati apabila Siti Nordiana dinobatkan sebagai Pengacara TV Popular dan membandingkan dengan selebriti serba boleh Alif Satar. 

 

Dalam pada itu, Siti Nordiana berkata dia sendiri tidak menjangkakan kemanangan tersebut dan mengakui rasa kedil dengan bakat mengacara yang dimilikinya jika hendak dibandingkan dengan Alif Satar.

BACA: Khai Bahar, Siti Nordiana Dominasi Top Top MeleTOP 2019

“Sebenarnya, saya tidak menjangka akan memenangi kategori pengacara popular ini. Kalau dibandingkan dengan pengacara-pengacara lain saya mengaku saya terasa kerdil.

“Saya antara yang paling kurang dapat job mengacara dalam mana-mana program sekalipun. Saya anggap peminat suka saya jadi pengacara.

“Jadi, ini adalah peluang untuk saya perbaiki mutu pengacaraan saya. Populariti ini tiada kena mengena dengan gosip cinta seperti yang diperkatakan ramai,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, rata-rata netizen mempertikai kemenangan tersebut serta tertanya-tanya rancangan apakah yang dihoskan oleh Siti Nordiana. Malah ada yang mengatakan Alif Satar yang lebih layak menerima anugerah tersebut.

Apa pun sudah tertulis ianya rezeki buat Siti Nordiana dan siapa kita untuk mempersoalkannya. Diharap dengan kemenangan tersebut dapat dijadikan inspirasi buat Siti Nordiana untuk lebih maju dalam dunia pengacaraan.