fbpx

Khai Bahar, Siti Nordiana Dominasi Top Top MeleTOP 2019

Anugerah MeleTop Era 2019 (AME 2019) yang berlangsung malam tadi menyaksikan Khai Bahar berjaya mengekalkan kemenangan bagi 2 tahun berturut-turut untuk kategori Top Top Meletop bagi kategori Lelaki. Manakala penyanyi Siti Nordiana pula berjaya memenangi Top Top Meletop bagi kategori Wanita dan turut berjaya membawa pulang anugerah hos Meletop.

Syafiq Kyle pula terus selesa apabila berjaya menggenggam 3 trofi menerusi Anugerah Bintang Filem Meletop, Pelakon TV Meletop dan Fesyen Meletop.

Bagi kategori Lagu Meletop pula menyaksikan penyanyi Haqiem Rusli menang dengan lagunya ‘Jatuh Bangun’.

Sementara itu, Yusoff Al Qardawi anak kepada jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri memenangi kategori Si Cilik Meletop. Penerima Anugerah Khas AME2019 pula dianugerahkan kepada Dato’ M. Daud Kilau atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Gelek Malaysia’ di atas sumbangannya sebagai anak seni tanah air.

AME 2018 yang diacarakan Nabil Ahmad, dan Neelofa, bersama hos jemputan Jihan Muse. Selain itu AME2018 turut dihiburkan dengan persembahan daripada Aman Ra, Siti Nordiana, Khai Bahar, Ella, Ayda Jebat, Misha Omar dan ramai lagi. Pada tahun ini, AME 2019 bertemakan ‘Yang Legit Yang Legend’.

Berikut senarai penuh pemenang AME 2019:

– Top Top MeleTOP Lelaki — Khai Bahar
– Top Top MeleTOP Wanita — Siti Nordiana
– Fesyen MeleTOP — Syafiq Kyle
– Si Cilik MeleTOP — Yusoff Al Qardawi
– Artis Baharu MeleTOP — Eyra Hazali
– Couple MeleTOP — Nur Fazura & Fattah Amin
– Program Radio MeleTOP — Johara Pagi ERA
– Grup/Duo MeleTOP — Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
– Penyanyi MeleTOP — Khai Bahar
– Lagu MeleTOP — Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)
– Program MeleTOP — Sepahtu Reunion Live Al-Puasa
– Drama MeleTOP — Lelaki Kiriman Tuhan
– Pelakon TV MeleTOP — Syafiq Kyle
– Hos MeleTOP — Siti Nordiana
– Artis Lawak MeleTOP —  Jep Sepahtu
– Penyampai Radio MeleTOP — Johan
– Filem MeleTOP — Munafik 2
– Bintang Filem MeleTOP — Syafiq Kyle
– Anugerah Khas MeleTOP — Dato’ M. Daud Kilau