fbpx

Siti Nordiana Menangis Setiap Kali Berzikir, Terkenang Dosa Lalu

Pelakon dan penyanyi Siti Nordiana mengakui akan mengalirkan air mata setiap kali berzikir. Ujarnya, dia menangis apabila terkenangkan kesilapan dan dosa masa silam.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana, sebagai manusia pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan hatinya tersentuh apabila mendengar selawat dan zikir.

BACA: Pendapatan Terjejas, Siti Nordiana Tambah Duit Buat IG Review

“Sudah tentu kalau saya berzikir saya akan menangis. Ada masa-masa yang Nana akan menangis mengenangkan dosa-dosa kita.

“Kita manusia tidak sempurna, pasti ada dosa dan kesilapan yang kita lakukann. Waktu itu saya akan menangis. Saya juga mudah tersentuh bila dengar selawat dan zikir dalam bentuk lagu atau melodi.

“Apabila melodi dan lagu itu kena dengan situasi atau liriknya mengena, saya akan mudah menitiskan air mata,” katanya.

Nana berkata dia meminati lagu-lagu berunsur kerohanian dan mengakui lagu sedemikian memberi manfaat kepada pendengar dan dirinya.

“Bagi saya lagu kerohanian sudah banyak dikeluarkan. Alhamdulillah bukan sekadar melodi dan ia tidak terbata. Malah kini lagu rap dan pop juga menjentik lirik kerohanian.

“Lagu pop dan balada tapi berlirikkan kerohanian sangat digalakkan untuk buat banyak lagi kerana akan ada orang yang tersentuh bila mendengar,” katanya.

Difahamkan, baru-baru ini Nana merakamkan lagu kerohanian bersama Usraz Sharizan berjudul Hasbi Rabbi yang akan dimuatkan dalam album terbarunya, Zikir Ketuhanan.